suria
mStar - Urban.Versatil

Sembilan pasang baju raya tak sempat dipakai, ibu bapa reda anak usia tiga tahun pergi akibat kanser darah

SEBAGAI ibu bapa, kehilangan anak adalah dugaan paling perit untuk ditanggung.

Itulah hakikat yang kini dilalui pasangan suami isteri, Mohd Mahfiz Azmi, 32, dan Nur Amira Shafikah Mohamad Kamil, 30, selepas pemergian anak bongsu mereka, Allahyarham Nur Maryam Ameena, pada 11 Februari lalu.

Maryam yang bakal genap usia tiga tahun pada 25 Februari ini menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 pagi selepas sekian lama bertarung dengan penyakit barah darah jarang jumpa, Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML) yang dikesan ketika usianya baru mencecah sembilan bulan.

Menurut Amira, setiap tahun mereka tidak pernah terlepas menyambut ulang tahun kelahiran arwah walaupun secara sederhana.

Namun tahun ini, suasananya jauh berbeza, lebih-lebih lagi dengan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Jelasnya, persiapan raya telah dibuat lebih awal termasuk membeli sembilan pasang baju raya untuk Maryam.

“Memang ada perancangan untuk sambut hari jadi Maryam. Setiap tahun kami akan adakan sambutan walaupun kecil-kecilan.

“Tapi tahun ini kami lebih fokus kepada persiapan raya. Untuk arwah pun kami dah belikan sembilan pasang baju raya.

“Dah dua tahun kami buat sesi fotografi sekeluarga untuk raya, tapi tahun ini mungkin tidak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi