suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syaffiq Sahli sanggup jual kereta sendiri, tampung kos RM60,000 cari hantu di hutan Aokigahara Jepun

PENYANYI dan personaliti media sosial Syaffiq Sahli mendedahkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk  menjual salah sebuah keretanya demi merealisasikan projek paranormal di hutan Aokigahara di Jepun dalam masa terdekat ini.

Syaffiq atau nama sebenarnya Mohd Syaffiq Sahli, 40, berkata, dia terpaksa berbuat demikian bagi menampung kos perjalanan tinggi yang dianggarkan mencecah RM60,000.

Walaupun berat pada mulanya, namun Syaffiq percaya setiap apa yang dilakukan ini pasti membuahkan hasil pada masa akan datang.

“Saya akan pergi ke Jepun iaitu Aokigahara Forest untuk melakukan aktiviti paranormal di sana dan saya diberitahu itu merupakan tempat paling seram di dunia dalam masa terdekat ini.

“Kalau sebelum ini Thailand, Indonesia, Singapura dan sekarang Jepun adalah disebabkan nak puaskan penonton dan juga diri saya sendiri, walaupun tahu berisiko dan ada ramai larang tapi ini satu pencapaian baru buat saya untuk semua orang ingat.

“Trip kali ini tiada sponsor malah saya sanggup habis hampir RM40,000 dan terpaksa menjual salah satu kereta saya untuk projek ke Jepun ni, kerana saya tak cukup duit dan kos keseluruhan untuk berada di Jepun kemungkinan RM60,000.,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syaffiq Sahli juga tercalon di Anugerah Gempak Most Wanted bagi kategori Live Creator Trending pada tahun ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi