suria

Memang lejen! Sikap rider Grab ni patut jadi contoh, utamakan pelanggan walaupun telefon dicuri

TUGAS sebagai rakan penghantar Grab bukan sesuatu yang mudah kerana mereka tertedah dengan pelbagai risiko.

Banyak kisah membabitkan rakan penghantar dapat kita ketahui di media sosial yang boleh dijadikan teladan untuk sesiapa sahaja.

Cerita Muhammad Hilmi Othman, 45, tatkala berdepan situasi mencemaskan apabila telefon bimbit diragut ketika sedang bertugas pada Oktober tahun lalu pernah dilaporkan mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketepi trauma handphone diragut, rider GrabFood tetap settle misi hantar order... siap dapat hadiah walau tak kenal - “Kerja ni ibarat kita di medan perang... ”

Sifat murni Hilmi yang lebih mengutamakan amanah untuk menghantar makanan kepada pelanggan walaupun diuji dengan masalah sememangnya wajar dipuji.

Maka tidak hairanlah apabila Hilmi menjadi salah seorang daripada ramai lagi rakan penghantar yang berhati murni diangkat sebagai ikon 'Grab Lejen'.

Grab Lejen ialah inisiatif bagi meraikan mereka yang selama ini menjadi gagasan mantap dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Kisah Hilmi dan rakan-rakannya akan menjadi pedoman agar kita sebagai rakyat Malaysia dapat menempuh cabaran dan dugaan dengan semangat kerjasama atas dasar prihatin antara satu sama lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi