suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“George Russell was here” - Ramai cadang balut seat, marshal ini dedah perbualan atas motosikal

BUKAN mudah dapat peluang membawa pelumba Formula 1 (F1) menaiki motosikal, apatah lagi ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Namun itulah pengalaman tidak disangka yang dilalui Awangku Shaharul Nizam apabila dia berkesempatan membawa pemandu Mercedes-AMG Petronas, George Russell, menaiki motosikal menuju ke pit selepas jentera pelumba berusia 28 tahun itu gagal meneruskan perlumbaan pada Ahad.

Menurut Awang, 29, dia sengaja memilih laluan yang sedikit jauh ketika membawa Russell ke pit kerana mahu memberi ruang kepada pelumba itu untuk bertenang selepas berdepan situasi mengecewakan dalam perlumbaan.

"Ada satu jalan yang dekat untuk menuju ke pit tetapi saya pilih jalan yang agak jauh sedikit supaya dia boleh tenang.

"Bila dah nak sampai pit, saya tepuk kaki dia dan beritahu sudah sampai. Dia pun ucapkan terima kasih kepada saya.

"Itulah empati kita sebagai orang Malaysia pada orang luar," katanya kepada mStar.

Pengalaman itu turut mencuri perhatian netizen apabila ramai berseloroh agar Awang menyimpan motosikal berkenaan sebagai kenangan selepas membawa Russell.

Malah, ada yang mencadangkan supaya tempat duduk motosikal tersebut dibalut atau dihiasi dengan pelekat bertulis ‘George Russell was here’.

Bagaimanapun, Awang menganggap gambar yang dirakam bersama Russell sudah cukup bermakna untuk dijadikan kenangan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi