suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bront Palarae cetus idea sistem penjurian baharu, CEO Finas dedah kelainan FFM35 tahun ini

SEMPENA penganjuran Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), Vodcast Kenot Brain menampilkan dua tetamu istimewa iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan pelakon Shasha Abedul.

Shasha yang tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Malam Terlarang berkongsi perasaannya ketika menerima panggilan telefon diminta menghadiri majlis pengumuman senarai lima calon terbaik FFM35.

Kata Shasha, dia tidak mengetahui tujuan sebenar dia diminta hadir ke majlis berkenaan sehinggalah namanya diumumkan sebagai salah seorang calon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Dalam temubual vodcast ini, Shasha turut bercerita mengenai perjalanan seninya sepanjang sembilan tahun bergelar anak seni, termasuk pendekatan yang digunakan untuk mempelajari selok-belok lakonan dan memantapkan mutu persembahannya.

Sementara itu, Azmir pula berkongsi kelainan yang dibawakan dalam penganjuran FFM35 kali ini, khususnya dari aspek sistem penjurian bagi memastikan proses pemilihan pemenang berlangsung secara lebih telus dan adil.

Menurutnya, idea untuk memperkenalkan sistem penjurian tersebut tercetus hasil cadangan pelakon Bront Palarae.

Malah, dia turut menjelaskan mengenai ganjaran yang ditawarkan kepada pemenang kategori Filem Terbaik yang mengekalkan imbuhan wang tunai sebanyak RM1 juta.

Pelbagai lagi perkongsian menarik mengenai pengalaman, perjalanan kerjaya serta perkembangan industri perfileman tempatan boleh ditonton menerusi episod terbaharu Vodcast Kenot Brain.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi