suria

Raja Azura derita tiada duit bayar rumah, diberhentikan kerja… Menangis besarkan tiga anak seorang diri 

PELAKON dan pengacara Raja Azura membuka cerita mengenai detik paling sukar dalam hidupnya ketika membesarkan tiga anak selepas melalui episod perceraian dengan bekas suami, Adzmin Osman.

Menurut Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Ahmad Tajudin, 54, fasa tersebut menjadi antara ujian terbesar apabila dia diberhentikan daripada tugas sebagai penyampai radio sehingga hilang punca pendapatan.

Keadaan itu memaksanya menggunakan wang simpanan sendiri untuk menyara keluarga, termasuk membayar komitmen bulanan dan persekolahan anak-anak.

Lebih menyedihkan, anak-anaknya yang sebelum itu bersekolah di institusi swasta terpaksa dipindahkan ke sekolah biasa demi mengurangkan beban kewangan.

“Ketika itu dua tahun saya tidak mempunyai pendapatan sebab diberhentikan daripada menjadi penyampai radio dan program-program saya pun sudah tiada.

“Saya sampai tidak tahu macam mana nak bayar rumah, bayar sekolah anak-anak. Sehinggakan anak yang dulunya sekolah swasta terpaksa berhenti dan pergi ke sekolah biasa.

“Tapi kemudiannya ada dua hamba Allah iaitu kawan baik saya dan arwah ayah. Mereka hadir membantu saya dengan bagi projek dan juga kerja. Alhamdulillah sehingga kini saya bangkit,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi