VODCAST Kenot Brain kali ini membawakan seorang pelakon yang juga Top 5 bagi Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) iaitu Hun Haqeem.
Menerusi sembang podcast kali ini, Hun, 27, berkongsikan kisah peribadinya dan juga asam garam sebagai seorang selebriti.
Kata Hun, dia ada meletakkan sedikit harapan untuk memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Harapan FFM34 menerusi filem lakonannya iaitu Soloz: Game of Life.
Bagaimanapun, dia reda dan tetap memberikan sokongan penuh sekiranya anugerah tersebut menjadi milik aktor lain.
Pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Hun dalam episod podcast kali ini.
TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































