suria

JoBranko tak mungkin sepentas dengan Awie, Konsert Barbarik tunai impian peminat

VODCAST Kenot Brain kali ini membawakan gitaris terkemuka dan yang kini merupakan ahli kumpulan Barbarik iaitu JoBranko. 

Menerusi sembang podcast kali ini, JoBranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 56, mengimbau kembali kenangan ketika dia dibuang daripada kumpulan Wings pada tahun 2016.

 

Di sebalik sengketa lama itu, Jo berkata dia kini sudah bersedia berpimpin tangan dan beraksi sepentas bersama Awie dan kumpulan Wings bagi memenuhi permintaan peminat.

Jo bagaimanapun berkata ia tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat namun boleh menjadi realiti sekiranya ada penganjur yang mampu memenuhi syarat ditetapkannya. 

Dalam perkembangan lain, Jo turut berkongsi persiapan Konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat yang bakal diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada 28 Jun depan. 

Kata Joe, dia menjanjikan konsert itu penuh dengan kejutan dan lebih menarik lagi apabila kumpulan Barbarik bakal menyampaikan 21 buah lagu termasuk beberapa lagu ketika Jo bersama Wings. 

Pelbagai lagi topik menarik dibincangkan bersama JoBranko dalam sesi vodcast kali ini. 

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi