suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat tahun pendam, Ady Kana mahu Shuib rasa ‘sakit’ isteri hilang kawan baik

AHLI perniagaan Datuk Ady Kana menafikan tindakannya mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Shuib sebagai cubaan menunggang isu membabitkan pelawak itu.

Ady atau nama sebenarnya Zaidi Kanapiah berkata, tindakannya itu mempunyai sebab tersendiri dan bukanya sekadar mahu mencetuskan kontroversi semata-mata.

Sebaliknya, dia mahu Shuib memahami kesakitan yang dirasai isterinya apabila hubungan persahabatan yang terjalin sebelum ini terputus tanpa peluang untuk diperbaiki.

"Saya nak dia tahu bagaimana perasaan seseorang apabila hubungan persahabatan diputuskan, betapa hancurnya hati seorang kawan apabila perkara itu berlaku.

“Sekarang apabila dia kehilangan seorang kawan baik daripada hidupnya, itulah perasaan yang saya mahu dia faham, begitulah perasaan isteri saya ketika dia membuat keputusan untuk tidak memberikan peluang kepada isteri saya untuk terus berhubung dengan Watie.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut untuk menumpang populariti mereka, saya mempunyai perniagaan sendiri dan tidak memerlukan populariti daripada isu ini cuma mengambil peluang pada waktu yang sesuai seperti yang dinyatakan dalam hantaran itu, saya sudah menyimpan perkara ini selama empat tahun," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Ady Kana berkongsi luahan secara langsung menerusi aplikasi TikTok mengenai rasa kesalnya terhadap Shuib yang didakwa memutuskan persahabatan antara mereka sejak empat tahun lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ady Kana meraih perhatian ramai sehingga ramai mendakwa ahli perniagaan itu cuba memanaskan lagi keadaan dengan menunggang isu membabitkan Shuib.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi