suria

Rivalry, AllStar dan Penrill terus cemerlang, tunjuk ‘skill’ berperang secara berpasukan

RAGNAROK Online Mobile sememangnya terkenal dengan peperangan berskala besar War Of Emperium (WOE) yang menyaksikan setiap pasukan berlawan bagi menawan istana yang diimpikan.

Untuk WOE edisi 5 Disember 2019,  pasukan Rivalry dari saluran EN30 menyerang secara terus pasukan CreamPie tanpa memberi mereka ruang untuk menjajah mana-mana kawasan.

Selesai 15 minit pertahanan, pasukan Rivalry terus memanggil pasukan lain di EN30 untuk misi mencari honor dan berlaku pertembungan hebat antara Rivalry dan KAOSre.

Di saluran PH11 menyaksikan SalazaMY mempertahankan jajahan yang diserang oleh pasukan Excelsus.

Keserasian corak permainan Penrill terserlah apabila bertembung dengan pasukan Gottheit di saluran EN31 istana milik ZODX.

Sejurus selepas itu, pasukan Penrill bersemuka dengan Seaport di saluran CN2.

AllStar yang terkenal dengan kekuatan serangan balas menjadikan saluran ID43 untuk pasukan itu terus melanggar 'sarang' milik RIP.

Dalam pada itu, RojakMY cuba untuk melanggar pertahanan gergasi milik AllStar.

Menerusi saluran EN29, BelangMY memberi kejutan kepada pasukan ElementZ dan untuk server Midnight Party, Paskal sempat mengusik pasukan WTOmy.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi