PERNAH ditipu pembantu rumah sehingga menanggung kerugian ribuan ringgit, usahawan Anes Ayunie mengakui pengalaman pahit itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.
Menurut Ayunie atau nama sebenarnya Anes Ayunie Osman, 23, kejadian itu membuatkan dia kini lebih berhati-hati dan sukar untuk berbaik sepenuhnya dengan pekerja kerana bimbang insiden sama berulang kembali.
“Saya sekarang ini sedang hamil tapi tidak sangka pula diuji pelbagai masalah pembantu rumah, hampir empat orang saya sudah tukar gara-gara mempunyai masalah bila melibatkan hal kerja.
“Sebelum ini ada yang pernah curi duit dan barang kemas bernilai hampir RM50,000 dan ada yang buat ilmu hitam dekat saya, bila saya buat laporan polis kemudian terima ugutan daripada keluarga pembantu rumah pulak.
“Sekarang ini saya jadi terlampau berjaga-jaga sebab trauma dengan kejadian sebelum ini yang banyak berikan masalah kepada saya hingga kerugian barang kemas dan duit,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































