suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iskandar Ismail tangguh hasrat pindah, ‘job’ kurang di Malaysia... Sanggup ulang-alik Singapura

PENYANYI Iskandar Ismail memberitahu dia masih lagi mempertimbangkan hasratnya untuk berhijrah ke Malaysia selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Menurut Iskandar, 48, keputusan itu terpaksa ditangguhkan susulan banyak menerima peluang dan tawaran menyanyi di Singapura berbanding di Malaysia.

Tambahnya lagi, kejayaan menjuarai program Gegar Vaganza itu memberi impak besar terhadap kerjaya seninya, terutama segi bayaran persembahan yang kini jauh berbeza berbanding dahulu.

"Bayaran untuk membuat persembahan sekarang memang jauh berbeza berbanding dahulu, saya sangat bersyukur kerana GV ubah saya... sekarang ini saya perlu terus bekerja keras untuk memastikan saya dapat bertahan dalam industri muzik ini.

"Saya masih memikirkannya kerana sehingga sekarang saya masih sibuk dengan undangan persembahan di Singapura. Hampir setiap bulan saya ada persembahan dan buat masa ini tawaran di Malaysia tidak sebanyak di Singapura.

"Menjelang hujung tahun ini, saya sedang mempertimbangkan untuk menetap di Malaysia dan mungkin akan menyewa rumah di sini, peluang menyanyi itu ada cuma kalau jadi, tapi kalau tidak mungkin saya akan terus bekerja keras di Singapura saja," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Iskandar baru saja melancarkan single terbaharunya berjudul Aku Salah yang kini boleh didengari di semua platform digital.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi