suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chech Harith tak kejar watak utama, paling penting kekal relevan - “Kalau jadi extra pun okey”

PELAKON Chech Harith tidak meletakkan sebarang sasaran untuk memegang watak utama dalam filem atau drama bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Sebaliknya, Chech atau Che Harith Nazhan Che Rosli, 23, tidak mahu terlalu mengejar kedudukan sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan relevan dalam industri seni.

Menurutnya, setiap watak yang diberikan mempunyai cabaran tersendiri dan dia tidak kisah sekiranya hanya diberikan peranan kecil termasuk sebagai pelakon tambahan.

“Saya setakat ini tidak meletakkan sasaran dari segi peranan utama atau pembantu kerana bagi saya, karakter adalah karakter.

“Kalau kena jadi pelakon tambahan pun saya okey sahaja. Untuk dua atau tiga tahun akan datang, saya hanya mencari jalan bagaimana nak bawa diri dalam industri ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Chech berpendapat bidang teater dan filem mempunyai cabaran tersendiri, namun percaya usaha berterusan serta rezeki memainkan peranan penting dalam perjalanan seseorang pelakon.

Menurutnya, peluang untuk melangkah lebih jauh dalam industri seni akan tiba apabila sampai masanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi