suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buang persepsi negatif sukan snuker, Zukie minta pandang sisi positif... Jadi aktiviti rapatkan hubungan sesama selebriti

PERSONALITI media sosial, Zukie Mohamad meminta supaya orang ramai tidak lagi memandang serong terhadap sukan snuker hanya kerana persepsi negatif yang masih menebal dalam masyarakat.

Zukie atau nama sebenarnya Zulkifli Mohamad, 34, berkata, sukan itu sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral berikutan gambaran yang dipaparkan dalam filem-filem terdahulu.

Menjelaskan mengenai sukan itu, Zukie berkata snuker dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain yang terlibat.

"Permainan snuker bergantung kepada individu yang memainkannya. Tidak kira apa-apa sukan sekalipun, kalau seseorang itu bermain dengan cara yang tidak baik, maka tidak baiklah jadinya. Begitulah juga dengan snuker di Malaysia, persepsi itu mungkin terbentuk disebabkan gambaran dalam filem-filem dahulu yang sering memaparkan tempat bermain snuker sebagai lokasi yang mempunyai aktiviti seperti minum arak dan ponteng sekolah.

"Tetapi sekarang keadaan sudah berubah pusat snuker juga sudah tidak seperti dahulu. Malah, merokok pun tidak dibenarkan di sesetengah pusat snuker semuanya lebih terkawal... Kita lihat di luar negara, sebagai contoh negara yang paling dekat dengan kita, iaitu Thailand, mereka sudah mendidik kanak-kanak untuk bermain snuker sejak kecil sehingga ke peringkat dunia.

"Di Malaysia, kita masih kurang memberikan sokongan dalam bidang ini kawan saya sendiri yang mewakili Malaysia terpaksa menggunakan duit sendiri untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Mereka menanggung sendiri segala kos dan perbelanjaan. Walaupun berjaya meraih kemenangan, semuanya menggunakan modal sendiri," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi