suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serius mahu jadi peninju wanita, Trisha Ooi sanggup berehat dunia lakonan

PELAKON Trisha Ooi mmberitahu dia kini mahu memberikan tumpuan dan fokus yang lebih serius terhadap sukan tinju sehingga sanggup mengetepikan sementara komitmen lakonan demi memberi fokus kepada latihan.

Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, berkata, minat mendalam terhadap sukan itu mendorongnya untuk mencabar diri mencuba sesuatu yang berbeza termasuk beraksi di dalam gelanggang buat kali pertama.

“Saya ditawarkan untuk menyertai All Star Championship yang baru-baru ini yang berlangsung di Dubai... sebelum ini ada menerima jemputan, tetapi tidak dapat menyertainya kerana jadual penggambaran yang padat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.

“Bagi Trisha sukan pertarungan ini merupakan sesuatu yang baharu, pertarungan sebelum ini ialah pengalaman pertama saya beraksi dalam gelanggang. Walaupun kejohanan itu melibatkan golongan influencer dan artis, saya tidak mahu mencemarkan imej sukan itu.

“Trisha membuat keputusan untuk menguruskan jadual dengan baik dan memberi tumpuan kepada tinju terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, satu perkara yang saya ingin lakukan sudah berjaya dicapai, segi keselamatan wajah pula memang menetapkan syarat supaya guna pelindung kepala ketika bertarung. 

Difahamkan, kejohanan tinju All Star Championship 2026 menghimpunkan 34 peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Jepun, Pakistan, Maghribi, India dan Filipina menerusi acara yang menggabungkan elemen sukan tempur dan hiburan yang berlangsung pada 17 Oktober lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi