suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadhir Nasar perlukan masa untuk ‘cukup masak’, tak kejar watak hero... Percaya fasa prime lelaki di usia 33 tahun

PELAKON Nadhir Nasar mempunyai teori bahawa kemuncak kejayaan seorang lelaki adalah ketika mencecah usia 33 tahun.

Menurut Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, dia kini lebih selesa membawa watak pembantu atau supporting sebagai salah satu cara untuk menimba pengalaman sebelum bersedia menggalas peranan utama.

"Pada saya Alhamdulillah, sekarang saya dah 30 tahun dan saya sangat percaya 'prime' seorang lelaki pada usia 33 tahun. Itu cuma teori.

"Bagi saya, ambil watak supporting adalah salah satu langkah untuk saya ke hadapan sebelum mainkan watak utama.

"Ini cara saya untuk belajar dan ambil ilmu di setiap set untuk bawa saya ke hadapan sebagai hero suatu hari nanti," katanya.

Berkongsi lanjut, Nadhir mengakui ada menerima tawaran daripada pengarah yang mahu dia menerajui watak utama dalam sesebuah karya.

Bagaimanapun, pelakon itu memilih untuk tidak terburu-buru dan lebih selesa membina pengalaman terlebih dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai watak utama.

"Ramai pengarah datang nak saya jadi watak utama tetapi untuk sekarang saya lebih selesa begini," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi