suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau dijemput institusi itu sendiri, tak salah” - Tony Eusoff ulas Shahrol Shiro dilantik tenaga pengajar UKM

PELAKON Tony Eusoff berpendapat tiada kesalahan sekiranya pelawak Shahrol Shiro menerima tawaran sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekiranya pelantikan tersebut dibuat sendiri oleh institusi berkenaan.

Menurut Tony, 49, meskipun kelayakan akademik penting dalam bidang pendidikan, pengalaman seseorang dalam industri juga boleh menjadi nilai tambah terutama bagi kursus yang memerlukan pendedahan secara praktikal.

“Jujur saya tak tahu sangat fasal isu ini, tapi pandangan saya kelayakan akademik itu penting, namun tak salah jika dia dijemput untuk mengajar.

“Saya tak tahu situasi dia macam mana, bagi saya kalau dia dijemput oleh institusi itu sendiri memang tidak salah,” katanya kepada mStar.

Tony berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Shahrol sebagai pengajar sambilan bagi Kursus Citra Universiti UKM bagi sesi 2026/2027.

Mengulas lanjut, Tony turut berkongsi pengalaman apabila pernah menerima tawaran untuk memberikan ceramah kepada pelajar sebelum ini.

Bagaimanapun, pelakon itu memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana merasakan dirinya masih belum cukup layak untuk berkongsi ilmu dalam bidang berkenaan.

“Saya pernah dijemput untuk beri ceramah kepada pelajar-pelajar tetapi saya beritahu yang saya kurang selesa kerana rasa belum cukup layak.

“Bagi saya orang yang nak beri ceramah ini kena lebih cerdik dan belajar bidang itu. Saya belajar pun hanya daripada pengalaman sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi