suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki wajah seiras Lamine Yamal, pemuda Kelantan tak sia-siakan peluang... Banyak tawaran reviu, ramai nak bergambar

PEMUDA bernama Muhamad Zakhir tidak ambil hati dengan komen negatif segelintir netizen yang mempertikaikan dakwaan mengatakan wajahnya seiras pemain bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal.

Menurut Zakhir, 25, perhatian yang diterimanya di media sosial bukan sekadar menjadi topik perbualan, sebaliknya dianggap sebagai rezeki dan peluang yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Pada persepsi saya, apa yang jadi viral secara tiba-tiba, saya anggap ia anugerah daripada Allah, rezeki saya.

"Saya anggap ini sebagai amanah untuk saya pikul dan kembangkan. Allah dah beri jalan, saya kena teruskan.

"Kalau saya malas atau tidak buat content, ibarat saya sia-siakan peluang yang diberi," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, anak jati Kelantan itu berkata, perhatian yang diraih selepas namanya tular turut membuka peluang apabila beberapa syarikat mula menawarkan kerjasama untuk menghasilkan kandungan promosi.

"Lepas viral, banyak juga syarikat pakaian dan kesihatan mula panggil untuk buat reviu.

"Syukur, ini peluang buat saya untuk berkongsi rezeki dengan orang lain yang sentiasa menyokong saya," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi