suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roti canai, karipap dah sampai luar negara... Kagum semangat usahawan wanita ini promosi makanan Malaysia!

BERMULA secara kecil-kecilan, kini produk makanan sejuk beku tempatan iaitu Fatihah Frozen Food Sdn Bhd sudah tembusi pasaran luar negara.

Menurut Ketua Eksekutif Fatihah Frozen Food, Hazirah Che Hasim, 36, kejayaan itu dicapai selepas menerima sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang konsisten memberikan bantuan dan platform bagi usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka.

Perniagaan sejuk beku yang dimulakan di Terengganu sejak tahun 1994 melangkah setapak lagi apabila berjaya menembusi pasaran luar negara sekitar tahun 2010.

Malah, produk keluaran Fatihah Frozen menerima sambutan baik daripada beberapa negara Asia Tenggara.

“Bermula daripada bawah, kini produk Fatihah Frozen sudah berada di luar negara... Alhamdulilah kami menerima banyak sokongan terutamanya MITI yang membantu daripada sudut pemasaran.

“Banyak juga bantuan diberikan antaranya geran untuk menanggung kos ke luar negara, produk kami sudah berada di Brunei, Singapura, Thailand, Hong Kong dan akan datang Indonesia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi