suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Firdaus Firabib lebih tenang selepas letak jawatan imam dan pengerusi masjid, enggan lagi terlibat kutipan infaq

PERSONALITI media sosial yang juga merupakan pendakwah selebriti iaitu Ustaz Firdaus Firabib memberitahu kehidupanya kini lebih tenang setelah tidak lagi menjadi Imam dan Pengerusi Masjid Al- Busyra, Merbok, Kedah.

Menurut Firdaus atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, selepas meletakkan jawatan itu, dia kini lebih fokus menguruskan perniagaan makanan yang diusahakan.

“1 November secara rasmi saya meletakkan jawatan imam dan pengerusi masjid. Sekarang sepenuhnya saya fokus untuk menguruskan perniagaan makanan saya.

“Jangan kecewa dan sedih sebab masjid itu bukan milik saya tapi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah  dan milik semua orang, saya letak jawatan pada masa yang tepat.

“Kalau la saya letak jawatan sebab orang fitnah saya, itu satu benda yang merugikan saya. Tapi bukan sebab itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi