suria

Bapa kandung bangga, sebak tengok pencapaian Amad Dayyan... Tak terasa hati baca komen netizen

BEKAS suami Siti Saerah iaitu Saiful Anuar tidak terkesan dengan komen negatif netizen mengenai reaksi spontannya dilihat menangis semasa menyaksikan persembahan anaknya iaitu Amad Dayyan di konsert pertama Talk To My Manager pada Ahad lalu.

 

Menurut Saiful, 42, dia sebak kerana berbangga dengan pencapaian anaknya itu dan sudah lali dengan segala kecaman.

“Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya melihat persembahan Amad di pentas besar macam ni, perasaan tu macam tak sangka dan terharu sebab dapat lihat kejayaan anak saya untuk tahap ini.

“Saya menjaga Amad daripada kecil dan apabila dapat lihat tahap ni memang akan jatuh air mata.

“Untuk yang komen tu saya tidak terasa hati malah terbuka untuk mereka (netizen) komen macam tu, sebab  sudah lali daripada anak-anak saya kecil lagi… orang yang biasa dengan saya pastinya akan tahu perkara sebenarnya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi