suria

Rezeki Kakak Naga, dulu hampir putus asa tapi sekarang ramai dah lalai tengok ‘live’ jual mainan

PENIAGA Kakak Naga tidak menyangka jualan mainan kanak-kanak melalui siaran langsung di TikTok menerima sambutan penonton.

Cerita Kakak atau Nur Faizah, 34, sebelum dikenali ramai dia pernah melalui tempoh sukar apabila tiga tahun pertamanya kerana tiada sambutan daripada netizen di media sosial.

“Saya tak sangka juga secara tiba-tiba nama saya jadi tular di media sosial sebab sebelum ni meniaga di TikTok tak pernah dapat sambutan macam ni, Alhamdulilah.

“Saya meniaga ni sudah tiga tahun dan sebenarnya saya pernah down dulu waktu mula-mula meniaga sebab tiada sambutan… tak ramai yang tonton live saya waktu tu, sedih juga tapi saya bangkit kembali,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Kakak Naga memberitahu kehidupannya berubah selepas video dan siaran langsungnya tular di media sosial.

“Alhamdulilah selepas tular ni banyak mengubah kehidupan saya, ramai yang kenal dan mungkin selepas ini ada perancangan nak buat mainan sendiri untuk dijual pula,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi