suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahir rancang bersara pada usia 40 tahun, impi adakan konsert solo sebelum ‘gantung mikrofon’

PENYANYI Shahir Zawawi meletakkan sasaran untuk bersara daripada industri muzik tanah air apabila mencecah usia 40 tahun pada September 2028.

Menurut Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 38, penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) Fantasia dilihat sebagai peluang terakhir untuk menghidupkan semula kerjaya seninya.

Jelas Shahir, dia mahu menggunakan tempoh dua tahun sebelum mencapai usia 40 tahun untuk menghasilkan beberapa lagu baharu sekali gus melengkapkan katalog muziknya.

Usaha itu juga sebagai persediaan untuk merealisasikan impian mengadakan konsert solo sebelum mengambil keputusan menggantung mikrofon.

"Saya letakkan sasaran pada usia 40 tahun iaitu September 2028 untuk menggantung mikrofon.

"Jadi, jika GV ini menjadi ruang yang tepat untuk saya kembali berada dalam arena seni, saya akan cuba kumpul beberapa lagu untuk cukupkan katalog bagi menghasilkan konsert sendiri.

"Saya anggap GV Fantasia sebagai one last ride saya," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Shahir berkata perancangan tersebut masih belum muktamad dan dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah SWT.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi