suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usia 55 tahun masih kacak dan segak, Eizlan Yusof anggap jaga penampilan tanggungjawab anak seni

DIPUJI masih kelihatan kacak dan segak meskipun usia semakin meningkat, pelakon Datuk Eizlan Yusof menyifatkan menjaga penampilan diri sebagai satu tanggungjawab buat setiap anak seni.

Eizlan, 55, berkata, penampilan merupakan antara aspek penting yang perlu dititikberatkan seseorang pelakon bagi memastikan mereka kekal relevan dalam industri seni.

Menurutnya, penampilan yang menarik juga menjadi satu kelebihan memandangkan setiap watak mempunyai keperluan tersendiri, sekali gus menuntut pelakon untuk sentiasa bersikap fleksibel.

"Sebagai wajah depan, menjadi kewajipan untuk kita menjaga penampilan. Kenalah nampak elok sentiasa.

"Ia sebenarnya satu tanggungjawab untuk kita kekal relevan dan masih mahu menaburkan pengalaman serta bakat yang ada. Salah satu daripadanya adalah penampilan diri.

"Kadang-kadang ada cerita yang memerlukan pelakon untuk kelihatan menarik dan ada masanya pula sebaliknya. Jadi, kita kena fleksibel," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi