suria

Ramai ingat Ayahanda Rani Kulup dah meninggal dunia, orang surau ‘standby’ cangkul nak gali kubur... 16 hari bertarung nyawa di zon merah

AKTIVIS masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah, meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk terus hidup selepas melalui detik cemas apabila kesihatannya merosot baru-baru ini.

Menurut Abdul Rani, 72, tahap kesihatannya kini semakin menunjukkan perkembangan positif meskipun berat badannya susut lebih 20 kilogram sejak dimasukkan ke hospital.

“Saya lawan mesin (oksigen) itu. Saya hanya serah pada Allah dan minta doa orang ramai. Alhamdulillah, sekarang saya sihat.

“Badan dah susut, sekarang 60 kilogram berbanding dulu 85 kilogram sebelum ini.

“Masuk zon merah memang ramai takut sebab bila ditidurkan orang ingat mati. Tapi mati itu bukan di tangan doktor, semuanya di tangan Allah,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Abdul Rani mengakui dia tidak terkejut apabila timbul khabar angin mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.

Malah, katanya, dia turut melalui satu pengalaman yang disifatkan sebagai ‘momen ajaib’ apabila bermimpi bertemu adiknya ketika sedang dirawat.

“Tak hairan bila ada yang ingat saya dah mati sebab media massa sekarang cepat. Apa pun doa itu yang penting.

“Sejujurnya saya tak kecil hati. Ia bukan fitnah sampai orang tunggu saya di surau dan kubur.

“Ketika ditidurkan itu saya mimpi jumpa adik saya. Dalam mimpi itu dia suruh jatuhkan kaki masa tidur supaya orang tahu saya masih hidup,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi