suria
mStar - Urban.Versatil

Pemuda terkejut video ‘tebuk’ mengaji tular, ramai tak percaya penampilan bukan macam pelajar tahfiz... "Memang minat Avenged Sevenfold"

SEORANG pemuda bernama Ahmad Jashangajiya Johari mengakui terkejut selepas video konten ‘tebuk’ mengaji oleh seorang ustaz terhadapnya mendapat perhatian ramai.

Video berkenaan bukan sahaja meraih pujian, malah turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang kagum dengan kelancaran bacaan ayat suci al-Quran.

Menurut Ahmad, 21, dia sebenarnya mempunyai latar belakang pendidikan tahfiz, namun belum mencapai tahap syahadah.

“Saya belum sampai tahap syahadah, belum ada rezeki lagi. Insya-Allah kalau ada peluang dan rezeki, saya mahu ulang semula,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ahmad turut menjawab isu berkaitan penampilannya yang mengejutkan orang ramai kerana dikatakan tidak mencerminkan imej seorang pelajar agama.

Jelas Ahmad, dia selesa dengan gaya yang ditampilkan kerana mahu menjadi diri sendiri.

“Berkaitan baju Avenged Sevenfold tu, memang saya minat sejak belajar tahfiz lagi. Kawan-kawan yang perkenalkan.

“Kalau bab rambut pula, saya pakai inai sebab rambut saya sudah ada banyak uban.

“Tentang penampilan, saya memang lebih selesa dengan gaya seperti ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi