suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai sangka dah jadi pelawak, Zahid masih jadikan bidang nyanyian sumber pendapatan utama

PENYANYI Zahid mengakui ada segelintir peminat yang menyangka dia sebenarnya seorang pelawak susulan penglibatannya dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS).

Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 46, berkata, penglibatannya dalam beberapa musim program tersebut secara tidak langsung membuatkan ada yang kurang menyedari kerjaya asalnya sebagai penyanyi.

Menurut Zahid, dia bersyukur diberikan peluang untuk mencuba cabang seni berbeza menerusi MLS, namun bidang nyanyian tetap menjadi keutamaannya dalam mencari rezeki.

"Ada juga yang terkejut apabila tahu saya sebenarnya penyanyi. Mereka ingatkan saya ini pelawak.

"Saya bersyukur dapat peluang menyertai beberapa musim MLS kerana ia memberikan pengalaman baharu kepada saya. Tetapi jiwa saya masih menyanyi dan itulah bidang utama saya untuk menjana pendapatan.

"Mungkin saya boleh bawa elemen lawak ketika menyertai Gegar Vaganza (GV) sekiranya pihak produksi boleh menerimanya. Kalau tidak, saya terpaksa serius," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Zahid berkata, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan dunia komedi meskipun mahu terus memberi tumpuan kepada bidang nyanyian.

Jelasnya, dia akan terus menerima undangan untuk menyertai pertandingan atau program lawak kerana menganggap ia sebagai salah satu cabang seni yang turut memberikan peluang untuknya berkarya dan mencari rezeki.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi