suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak kritik filem boleh, tapi jangan fitnah - Pengarah

PENGARAH Zulkarnain Azhar terbuka jika filem arahannya menerima kritikan daripada pengkritik atau pengulas filem, namun berharap teguran yang diberikan dibuat secara profesional dan berasas.

Zulkarnain, 44, bagaimanapun berkata dia tidak bersetuju sekiranya kritikan yang diberikan bertujuan menjatuhkan sesebuah filem atas dasar kepentingan atau masalah peribadi.

"Saya tak kisah sebab sifat filem adalah untuk dipertontonkan. Kalau takut orang kritik atau ulas, jangan buat filem.

"Tapi kalau ada yang hentam dengan tujuan menjatuhkan disebabkan isu peribadi, termasuk menyebarkan fitnah, itu perkara lain. Saya tak sokong.

"Mungkin ada yang buat begitu sebab nak tolong filem lain, itu pun susah nak cakap. Ada juga yang dibayar, dah umpama menerima rasuah," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Zulkarnain mendakwa terdapat rakan industri yang pernah mengadu kepadanya mengenai segelintir pengulas filem yang didakwa meminta bayaran untuk memberikan ulasan positif terhadap sesebuah karya.

Menurutnya, meskipun dia sendiri tidak pernah berdepan situasi sedemikian, dakwaan itu wajar diberi perhatian kerana pengulas filem seharusnya menjalankan tanggungjawab secara jujur dan telus.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi