suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Badan rasa berat sikit” - Jisim cecah 120 kg, Man Raja Lawak rancang ‘sado’ hujung tahun

PELAWAK Man Raja Lawak mengakui tidak sabar untuk kembali mendapatkan bentuk badan kurus dan sihat seperti dahulu selepas berat badannya kini meningkat sehingga mencecah 120 kilogram.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 49, berkata perubahan fizikal itu turut memberi kesan kepada pergerakannya apabila dia mula berasa kurang selesa ketika berjalan selain mudah penat.

"Sekarang ini saya rasa dalam 110 hingga 120 kilogram kot sebab sebelum ini 98 kilogram paling tinggi, memang rasa lainlah kalau bangun tidur, badan rasa berat sedikit. Nak mula berjalan selepas bangun tidur kaki macam sakit sedikit kalau naik motor pun cepat penat.

"Sebelum hujung tahun. Kalau boleh, kalau ada kemunculan semula saya dalam mana-mana program TV, saya nak tunjukkan, Insya-Allah boleh kurus tapi itulah, takut tak kelakar pula tapi tengoklah macam mana bagi saya, badan itu nombor dualah sebab salah satu penarik orang nak tengok kita.

"Tapi dalam masa yang sama, kita kena kekalkan komedi tu jangan sampai hilang lawak. Kalau saya lebih selesa dengan badan kurus sebab badan kurus dan sado sebab apabila pergi ke mana-mana, orang nampak kita macam lebih yakin,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi