suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulhadi mahu kembali aktif menyanyi selepas setahun menyepi, rupanya gara-gara hilang IC

SELEPAS setahun lebih menyepikan diri, penyanyi Zulhadi memberitahu dia kini nekad untuk kembali aktif dalam industri muzik.

Berkongsi perkara itu, Zulhadi atau nama penuhnya Zulhadi Mad Rakman, 24, bagaimanapun berkata hasratnya sukar untuk dilaksanakan ekoran berdepan masalah kehilangan kad pengenalan (IC) sejak empat tahun lalu.

“Sebenarnya, saya sudah bertekad untuk kembali aktif dalam industri muzik, saya terfikir siapakah Zulhadi yang dikenali empat tahun lalu? Jadi saya mahu kembali aktif dan membina semula kerjaya saya dalam industri ini.

“Cabaran untuk kembali aktif memang susah sebab saya sudah mengeluarkan dua lagu, tetapi satu lagi perkara yang menyukarkan keadaan ialah masalah IC saya.

“Empat tahun saya tidak mempunyai kad pengenalan, bukanlah saya tidak mahu menyelesaikan masalah ini, tetapi sepanjang empat tahun kebelakangan ini, saya sudah ulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sejujurnya, saya merupakan anak angkat yang tiada surat pengangkatan, jadi ada isu sikit," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zulhadi baru saja melancarkan single terbaharunya berjudul Sakit duet dengan Tika Nasir yang kini boleh didengari di platform penstriman YouTube.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi