suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizi Kirana sedar ramai nak tahu cerita Yasin... Nasihat podcaster lebih berhati-hati, tapis kandungan sebelum siar

SUSULAN permohonan maaf komposer Yasin Sulaiman kepada Jabatan Penjara Malaysia berhubung kenyataan kontroversi yang dibuat dalam satu temu bual podcast, rakan duetnya iaitu penyanyi Zizi Kirana berharap pengendali podcast lebih berhati-hati sebelum menyiarkan sesuatu kandungan.

Menurut Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, sekiranya rakaman yang dibuat dirasakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak, lebih baik kandungan tersebut ditapis terlebih dahulu atau tidak disiarkan.

Dalam hal ini, pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan kandungan berkenaan perlu memainkan peranan untuk memastikan topik perbincangan itu tidak menimbulkan sebarang kontroversi.

"Itu saya kata, podcast ini kita tahu ia rakaman. Jadi, pihak yang mengeluarkan rakaman itu untuk disiarkan mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati.

"Kalau rasa macam tak perlu dan boleh datangkan mudarat, tak perlu siarkan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia sendiri mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menyertai mana-mana program podcast.

Jelasnya, dia akan memilih terlebih dahulu podcast yang ingin disertainya selain mengambil tahu mengenai soalan yang bakal diajukan kepadanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi