suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazley tak sangka lamaran guna dron beri impak, bakal suami luah kebimbangan... “Ramai tanya kenapa susahkan hidup mereka?”

TINDAKAN penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggunakan dron ketika melamar usahawan sensasi Datuk Seri Vida secara tidak langsung mencetuskan cabaran baharu buat bakal suami untuk merancang lamaran istimewa buat pasangan masing-masing.

Menurut Fazley, 48, dia menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk lelaki yang berseloroh mengatakan tindakannya itu seolah-olah menyusahkan mereka kerana meletakkan penanda aras baharu dalam soal melamar pasangan.

"Ramai para suami berseloroh bertanya kenapa saya susahkan hidup mereka.

"Jadi, lamaran menggunakan dron itu memberi impak kepada industri penjenamaan, pemasaran malah percintaan ramai orang. Tiba-tiba ia menjadi penanda aras untuk orang melamar pasangan.

"Niat saya satu sahaja, supaya orang melihat ini adalah satu daripada tujuh langkah yang akan saya ambil sebelum menghalalkan hubungan kami," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia turut menerima banyak tawaran penajaan daripada pelbagai pihak selepas kejutan lamaran tersebut menjadi perhatian ramai.

Katanya, emel daripada syarikat yang berminat untuk menjalin kerjasama mula membanjiri peti masuknya sejurus selepas acara berkenaan berlangsung.

Malah, Fazley memberi bayangan penggunaan dron dalam persembahan istimewa berkenaan bukanlah yang terakhir, sebaliknya bakal ada kejutan lain menyusul selepas ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi