suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 46 kongsi kisah sebenar penyakit mata, dulu tolak pembedahan kerana takut... Tak mahu simpati orang ramai

PERSONALITI media sosial dikenali sebagai Budak 46 memberitahu dia pernah menolak cadangan menjalani pembedahan mata ketika berusia 16 tahun kerana terlalu takut dengan prosedur berkenaan.

Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha Helmi, 30, bagaimanapun berkata dia kini lebih terbuka untuk mendapatkan rawatan sekiranya ada pihak yang sudi membantu memeriksa keadaan matanya itu.

"Masa umur sekitar 16 tahun, doktor nak bedah ganti kanta mata dan buang tapi kena bius satu badan.

"Sebab nak bius itu saya tak mahu, saya takut fikir nanti tak bangun atau mati ke.

"Niat tu sekarang nak buat rawatan ada, tapi kalau ada doktor tawar diri nak periksa mata saya boleh buat, saya reda dan akan buat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Budak 46 berkata dia lebih selesa berusaha sendiri untuk menampung keperluan hidup meskipun ramai yang tampil menawarkan bantuan selepas mengetahui keadaan kesihatannya.

Menghargai keprihatinan orang ramai, Budak 46 bagaimanapun berharap masyarakat memahami situasi yang dilaluinya berbanding menghulurkan sumbangan kewangan.

Sebelum ini, perkongsian individu dikenali sebagai Cuna, yang juga adik kepada Budak 46, tular di media sosial selepas mendedahkan abangnya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatan semakin merosot dari semasa ke semasa.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi