suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bobby Husaini jadi rebutan jenama terkenal setiap kali raya, pernah arah 15 iklan setahun... Kagumi bakat P.Ramlee

LEBIH dua dekad berkecimpung dalam dunia pengiklanan dan menghasilkan pelbagai iklan komersial, pengarah Bobby Husaini berkongsi pengalaman serta kisah menarik sepanjang perjalanan kariernya menerusi Vodcast Kenot Brain.

Bobby mendedahkan dia pernah menerima sehingga 15 tawaran untuk menghasilkan iklan raya dalam satu tahun yang sama.

Malah, pelakon Beto Kusyairy juga pernah berlakon di bawah arahannya sebanyak lapan kali untuk iklan raya pada tahun berkenaan.

Menurut Bobby, pengalaman menghasilkan pelbagai iklan komersial itu menjadi antara perjalanan penting dalam kariernya sebelum dia mengarahkan filem sulung berjudul Libang Libu.

Dalam pada itu, Bobby turut berkongsi mengenai minatnya terhadap karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang disifatkan sebagai antara figura seni yang dikaguminya.

Pelbagai kisah menarik termasuk pengalaman sepanjang lebih dua dekad dalam industri kreatif dikongsikan Bobby menerusi episod Vodcast Kenot Brain kali ini.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi