suria

Wanita mualaf ini temui ketenangan dalam solat, umpama ‘bergayut’ telefon dengan Allah... “Setiap ujian itu tanda Dia ingat dan sayang kita”

SEORANG wanita mualaf, Cristina Chew menyifatkan Ramadan tahun ini sebagai cukup bermakna apabila dia kembali menimba ilmu agama.

Menurut Cristina, dia kini sedang mendalami semula asas bacaan al-Quran bermula dengan Iqra selain mempelajari ilmu fardu ain.

“Sebelum ini saya pernah pergi kelas agama, cuma Ramadan kali ini rasa lebih istimewa sebab dapat kembali belajar membaca Iqra.

“Saya juga perlu ulang kaji fardhu ain kerana ada perkara yang saya masih kurang jelas. Lagipun, ada juga mualaf lain dalam kelas itu, jadi saya rasa lebih selesa.

“Dulu ustaz yang mengajar saya garang sampai tak berani datang kelas. Sekarang Alhamdulillah, semua tenaga pengajar baik-baik dan banyak membantu,” katanya kepada mStar.

Cristina yang memeluk Islam sejak 2019 berkata, antara kemanisan terbesar selepas bergelar saudara baharu adalah peluang menunaikan solat dengan lebih memahami maknanya.

Menurutnya, solat menjadi ruang untuk dia mencari ketenangan setiap kali berdepan ujian kehidupan.

“Saya pun ada naik turun dalam hidup. Tapi bila solat, rasa macam sedang bercakap secara langsung dengan Allah. Perasaan itu buat saya lebih tenang.

“Tak kisah apa pun perkara buruk yang berlaku, memang kita akan sedih. Tapi saya percaya setiap ujian itu tanda Allah ingat dan sayang pada kita,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi