suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dikecam gara-gara berbahasa Inggeris jawab soalan media, pemuda ini tidak ambil hati... “Mereka patut tahu saya ini pelajar ikon”

MENERIMA kritikan dan kecaman susulan menjawab soalan media dalam bahasa Inggeris dengan kurang menyakinkan, pemuda bernama Meor Muhamad Fazry, memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurut Meor, 22, kritikan diterima tidak sedikit pun menjejaskan keyakinannya, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris.

"Kecaman yang saya terima tidak mengurangkan keyakinan saya, sebaliknya ia beri saya motivasi untuk belajar dan memperbaiki bahasa Inggeris.

"Saya akan terus mencuba dan tidak hiraukan kecaman netizen. Bagi saya, isu ini bukan perkara penting.

"Saya pun tidak tahu kenapa perkara ini boleh jadi viral. Pada saya, isu ini agak kebudak-budakan," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai tahap penguasaan bahasa Inggerisnya, Meor berkata dia tidak mempunyai masalah untuk memahami atau menggunakan bahasa berkenaan, malah kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, dia tidak berniat untuk bermegah dengan latar belakang pendidikan dimiliki, namun merasakan orang ramai perlu mengetahui bahawa dirinya mempunyai asas dalam bahasa Inggeris.

"Saya bukan nak cakap besar atau riak, cuma mereka patut tahu saya ini pelajar ikon dan belajar undang-undang.

"Ramai tahu untuk masuk UIAM bukan mudah. Kalau bahasa Inggeris saya ke laut, saya tidak akan diterima masuk,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi