suria

Nampak berani tapi sebenarnya Zulhadi takut tinggi... Kuala Tahan Pahang port baik untuk ‘healing’!

JIKA anda mencari ketenangan dan ingin lari daripada kesibukan kota... Taman Negara Kuala Tahan, Pahang merupakan lokasi terbaik untuk dikunjungi.

Bucket List kali ini mStar bawa penonton dan pembaca menerokai serta melihat keindahan alam di hutan tertua di dunia ini.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah rapid shooting dan berjalan di jambatan gantung (canopy walk) yang terpanjang di Malaysia.

Selain itu, kita juga dapat menenangkan fikiran melihat keindahan alam sepanjang melalui Sungai Tembeling.

Bukan itu sahaja, kita berpeluang mempelajari ilmu hutan di perkampungan orang asli serta memberi makan kepada ikan di santuari kelah.

Pengalaman berada di Taman Negara Kuala Tahan pastinya tidak akan dilupakan... lihatlah betapa terujanya Qarami dan Zul Hadi apabila pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Untuk anda yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti pelancongan dan lokasi menarik untuk dikunjungi boleh layari laman web Tourism Malaysia

TONTON VIDEO PENGEMBARAAN YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi