suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadual padat punca Amir Masdi terpaksa tolak tawaran GV Fantasia... “Bila lagi nak perform dengan abang kakak AF”

PENYANYI Amir Masdi menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran menyertai program Gegar Vaganza Fantasia atas faktor komitmen dan jadual kerja yang padat.

Mengulas perkara itu, Amir atau Amir Syazwan Masdi, 30, kesibukan kerja dan undangan nyanyian lain membuatkan dia terpaksa memikirkan secara mendalam mengenai tawaran yang diberikan Astro itu.

"Sebenarnya, saya bukan tarik diri tapi saya datang untuk membuat persembahan dan memberikan sokongan kepada Akademi Fantasia kerana di situlah saya dilahirkan sebagai penyanyi.

"Pihak Astro memang ada menawarkan saya untuk menyertai GV, tetapi jadual tidak mengizinkan. Saya tak boleh nak paksa diri kerana sudah ada komitmen kerja termasuk persembahan Unplugged di Kuching, Sarawak pada 20 Disember.

"Kalau jadual saya kosong dan boleh memberikan komitmen, sebenarnya saya masih mempertimbangkan untuk menyertainya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amir menganggap pandangan peminat yang menyifatkan dirinya mampu memberikan saingan sengit kepada peserta lain sebagai satu pujian positif.

"Kalau orang kata saya boleh beri saingan hebat, itu satu perkara positif. Saya ambil perkara itu sebagai pujian untuk terus memperbaiki diri, dalam pertandingan, kita perlu fokus kepada diri sendiri dan pada masa sama menghormati antara satu sama lain," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi