suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Farah Ahmad kesal sikap kurang beradab, tergamak tulis komen sensitif pemergian tokoh negara

PELAKON Farah Ahmad menegur sikap segelintir individu yang disifatkannya semakin kurang beradab ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial terutama membabitkan isu pemergian seseorang tokoh terkenal.

Menurut Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, 49, dia tidak menyangka ada pihak sanggup menulis komen negatif dan menyentuh isu sensitif demi meraih perhatian ramai.

Dalam hal ini, teguran mengenai adab itu wajar diterima oleh semua pihak tanpa mengira status atau pekerjaan seseorang.

"Tidak salah untuk belajar bersuara dan menegakkan apa yang perlu ditegakkan, tetapi jangan terlalu hendak menegakkan sesuatu sehingga nanti ia retak dan patah, akhirnya jadi kurang ajar.

"Pada saya, kalau isu itu semua orang sudah tahu, terutama tentang isu pemergian seseorang, kadang-kadang alam pun akur dengan kuasa Tuhan, ini kan kita manusia, tak tahu mereka makan apa sampai tak ada rasa simpati atau hormat.

"Walaupun kerja saya hanya berlakon, tetapi kita manusia, kita pun netizen juga. Jadi apabila kita nampak benda-benda macam itu, saya rasa kalau orang artis buat silap, kita boleh terima teguran. Apa salahnya orang lain juga menerima teguran," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi