suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharnaaz Ahmad muncul dalam Chelot 2? Pengarah tak mahu bagi ‘spoiler’, biarkan penonton terus berangan

SELEPAS mengumumkan filem Chelot bakal diteruskan dengan sekuel, pengarah Adrian Teh enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi netizen yang mendakwa pelakon Sharnaaz Ahmad akan membintangi Chelot 2.

Menurut Adrian, 42, Sharnaaz merupakan sahabat baiknya dan dia memilih untuk tidak mengulas mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang spoiler berkaitan jalan cerita filem berkenaan.

Malah, pengarah itu turut mengakui ada membaca beberapa teori yang dikongsikan netizen mengenai Chelot 2, namun menganggap ia sekadar andaian dan imaginasi penonton.

“Sharnaaz kawan baik saya, jadi tak tahu nak cakap apa sebab tak nak bagi spoiler.

“Saya tak baca sangat, tapi ada juga skrol sikit-sikit komen netizen.

“Adalah terbaca teori-teori mereka, tapi saya tak mahu komen. Itu sekadar andaian, netizen tengah berangan sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adrian mengesahkan watak lakonan Nadhir Nasar dan Alicia Amin tetap akan muncul dalam Chelot 2 meskipun kedua-dua watak tersebut telah menemui ajal dalam filem pertama.

Menurut Adrian, kemunculan mereka akan diterapkan menerusi babak imbas kembali atau flashback yang berkait dengan jalan cerita filem berkenaan.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sambutan penonton terhadap watak yang dibawakan Nadhir dan Alicia dalam Chelot.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi