suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norlia Ghani bimbang dilupakan peminat lama tak muncul di TV, pendapatan TikTok lebih banyak

Norlia syukur masih lagi dihargai.

SUDAH lama tidak muncul di televisyen atau layar perak, pelakon veteran Norlia Ghani mengakui bimbang jika namanya dilupakan peminat.

Justeru itu, Norlia atau nama lengkapnya Norlia Abdul Ghani, 78, berkata penghargaan yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membuatkan dirinya berasa masih diingati dan sumbangan lakonannya selama ini terus dihargai.

“Biasanya apabila sudah lama muka tidak keluar di TV atau filem, orang akan lupa. Jadi, apabila menerima penghargaan daripada Finas, saya rasa orang masih ingat dan menghargai lakonan saya selama ini.

Norlia masih terima tawaran lakonan.

“Sekurang-kurangnya orang masih ingat Norlia Ghani,” katanya.

Norlia ditemui semasa program Tribute Penghargaan Tokoh Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia Ke-35 yang diadakan di Hulu Kelang.

Mengulas mengenai lakonan, Norlia berkata dia masih menerima pelbagai tawaran, namun perlu lebih selektif dalam memilih projek berikutan faktor usia dan tahap kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani terkilan pengurus produksi ‘kepit’ bajet untuk pelakon veteran, dilayan macam tiada nilai… “Entah berapa hari lagi kami hidup?”

ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani dedah pernah dilamar P. Ramlee ketika usia 17 tahun... “Tapi mak saya cakap tuan dah ada Saloma”

Katanya, penggambaran drama bersiri memerlukan komitmen masa serta tenaga yang banyak, justeru dia perlu mempertimbangkan kemampuan diri sebelum menerima sebarang tawaran.

“Sekarang usia pun sudah 78 tahun dan Disember ini masuk 79 tahun. Jadi, saya kena tengok kemampuan diri.

“Bukan memilih kerana mahu terlalu selektif, tetapi faktor usia dan tenaga. Kalau drama episod, memang mengambil masa yang panjang.

Kadang-kadang satu atau dua hari sudah selesai dan kita dapat bayaran.

NORLIA GHANI

PELAKON

“Pada usia 70-an ini, saya perlu jaga kesihatan. Tenaga pun tidak sekuat dahulu, jadi kena lebih berhati-hati,” ujarnya.

Norlia yang menghidap penyakit darah tinggi bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi dikurniakan daya ingatan yang baik, sekali gus membolehkannya menghafal skrip lakonan seperti biasa.

“Setakat ini masih okay, lagi-lagi tentang bayaran yang belum dibayar. Lagi ingat!

Norlia syukur terima bayaran lumayan di TikTok.

“Alhamdulillah, maknanya nak baca-baca skrip apa itu masih lagi boleh ingatlah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Norlia tidak menafikan pendapatan yang diperoleh menerusi TikTok kini lebih lumayan berbanding hasil lakonan.

Jelasnya, tugasan seperti membuat ulasan produk tidak memerlukan komitmen masa yang panjang, malah ada kerja yang boleh diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua hari sahaja.

Norlia semakin selesa memberi ulasan produk di TikTok.

Keadaan itu berbeza dengan penggambaran drama bersiri yang memerlukan masa lebih lama, selain perlu menunggu tempoh tertentu untuk menerima bayaran.

“Kalau ikutkan, pendapatan saya sekarang lebih banyak daripada TikTok. Kerja pun tidak makan masa.

“Kadang-kadang satu atau dua hari sudah selesai dan kita dapat bayaran. Kalau drama episod, biasalah mengambil masa lebih lama,” kongsinya.

Artikel Lain