suria
mStar - Urban.Versatil

Norlia Ghani dedah pernah dilamar P. Ramlee ketika usia 17 tahun... “Tapi mak saya cakap tuan dah ada Saloma”

Norlia Ghani dedah pernah dilamar P. Ramlee ketika usia muda.

PELAKON veteran, Norlia Ghani mendedahkan dirinya pernah dilamar Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ketika di awal pembabitannya dalam industri seni hiburan. 

Norlia, 78, berkongsi perkara itu menerusi program bertajuk Legasi Podcast pada awal tahun lalu, namun rakaman berkenaan kembali tular di media sosial apabila dimuat naik semula oleh akaun Instagram dikenali My1rekomen.

Dalam video podcast berdurasi satu jam 40 minit itu, Norlia mendedahkan P. Ramlee pernah datang sendiri ke rumahnya di Klang, Selangor bagi menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. 

Norlia tidak pernah berkongsi rahsia ini kepada sesiapa kecuali dua individu. 

"Sebenarnya P.Ramlee pernah lamar saya. Waktu itu saya baru mula berlakon. Dia datang ke rumah dan minta izin dengan mak saya.

"Zaman itu saya tiada rasa apa-apa sebab tak peduli sangat, lebih kepada nak menggedik (berseronok) saja.

"Apabila dia datang tanya kepada mak saya, mak saya jawab dia tidak memilih orang dan anaknya ini pun bukan tahu apa sangat kerana usia saya baru 17 tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah tua-tua pun main TikTok” - Netizen kecam perkara betul, Norlia Ghani tetap buat ‘live’ macam biasa

ARTIKEL BERKAITAN: “Produksi ikut permintaan hero dan heroin... bayaran kami dikurangkan” - Norlia Ghani

"Cuma mak saya beritahu yang tuan (P.Ramlee) sudah ada Saloma (isteri). Masa itu Saloma memang tengah (sibuk) menyanyi di Bangkok,"katanya.

Menurut Norlia, rahsia itu sudah lama disimpan dan hanya diketahui beberapa individu terdekat sahaja.

"Saya tak tahu sama ada dia (Allahyarhamah Puan Sri Saloma) tahu tentang perkara ini. Kalau jodoh waktu itu, mungkin nombor dua.

Norlia beritahu bakatnya mula dicungkil oleh P Ramlee pada 1969.

"Individu yang tahu cerita ini hanya Allahyarham Bahyah Mahmood (bekas wartawan) dan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin,"katanya.

Untuk rekod, bakat Norlia mula dicungkil oleh P. Ramlee pada tahun 1969 menerusi filem Kanchan Tirana dan sejak itu kerjaya lakonannya terus bertahan sehingga hari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain