suria

“Produksi ikut permintaan hero dan heroin... bayaran kami dikurangkan” - Norlia Ghani

Norlia berharap pihak produksi pandang serius soal bayaran artis veteran

KATA-KATA negatif yang menganggap dirinya sudah tua untuk berada di set penggambaran tidak mematahkan semangat Norlia Ghani untuk terus menerima tawaran.

Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 73, berkata, umur bukan penghalang untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang itu selagi kesihatannya mengizinkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani terkejut tidak layak terima baki BPN dengan alasan ada syarikat - “Setahu saya tak pernah lagi buka syarikat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kavita Sidhu terkilan tweet banding kecantikannya dengan Norlia Ghani, minta netizen hormat pelakon veteran! - “Dia ibu kepada rakan saya”

“Memang ada mulut-mulut yang kata sudah tua-tua pun masih tergedik-gedik lagi.

“Kalau dengar cakap orang boleh jatuhkan semangat, ibarat mereka yang tentukan hidup saya. Saya tak pernah ambil peduli semua itu.

“Sekarang ini saya hanya mahu cari rezeki. Tuhan beri saya kebolehan untuk berlakon, apa salahnya untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni.

norlia ghani 2

Masih aktif berlakon, Norlia seronok bertemu rakan-rakan di lokasi

“Saya mula berlakon sejak 1968, hidup saya dah biasa dengan produksi,” ujar Norlia kepada mStar.

Norlia Ghani ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Norlia yang sudah berkecimpung dalam kerjaya ini selama 54 tahun meluahkan rasa terkilan dengan cara kerja produksi sekarang yang tidak meletakkan had masa bekerja.

Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan

NORLIA GHANI

PELAKON

Katanya, masa penggambaran yang terlalu panjang antara faktor yang diambil kira jika menerima sesuatu tawaran.

Selain itu, kata Norlia, bayaran yang tidak setimpal untuk golongan pelakon seusiannya juga tidak pernah dipandang serius bagi pihak produksi.

“Dahulu kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sekarang ini kalau boleh bermula pagi hingga ke pagi esoknya. Memang tak larat.

norlia ghani 1

Dulang Kafe meraikan artis-artis veteran baru-baru ini

“Saya terima tawaran apabila watak bersesuaian dan bayaran yang setimpal.

“Ada yang memberi tawaran tetatpi bayaran sedikit kerana mereka anggap pelakon lama seperti saya akan terima sahaja disebabkan tiada job lain.

“Disebabkan mereka ikut permintaan hero dan heroin, bayaran untuk pelakon lain dikurangkan. Mana boleh begitu. Kita sama-sama berlakon, bukan saya datang hanya duduk di lokasi.

“Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan. Jika kerja tidak ikhlas, nanti tak menjadi hasilnya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Norlia Ghani, Veteran

Artikel Lain