PELAWAK dan pelakon Sathia masih meneruskan kerjaya lakonan memandangkan sudah tidak ramai aktor berbangsa India yang aktif dalam dunia seni sepertinya. Sathia, 62, berkata dia hanya melakukan yang terbaik dalam setiap tawaran selain memilih untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan gembira. "Pelakon India kan tak ramai, dulu ada Acapan. Sekarang tinggal saya seorang jadi bolehlah berlakon sikit-sikit. "Saya tak mahu berlakon tetapi isteri saya pujuk sebab ramai yang beri tawaran. Sathia masih aktif berlakon meskipun kehilangan kaki kiri."Kita tak tahu hidup berapa lama, apa yang boleh buat kita buat. Saya hanya mahu hidup gembira," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Sathia memberitahu kehilangan kaki kirinya bukanlah penghalang untuk terus aktif, malah menganggap ujian tersebut membuka lebih banyak pintu rezeki."Dulu masa saya ada kaki tawaran kerja sikit-sikit saja, tetapi bila tak ada kaki banyak job. Bolehlah buat suka-suka. "Saya memang sudah tidak mahu berlakon tetapi orang masih panggil (beri tawaran). Okaylah sudah rezeki. Ini macam (kaki sebelah) pun masih lakulah. ARTIKEL BERKAITAN: Sathia terima banyak tawaran lakonan walau tiada kaki... Janji ada muka boleh bercakapARTIKEL BERKAITAN: “Saya gembira saja macha” - Sathia reda kaki kiri dipotong, syukur masih ada keluarga dan rakan-rakan"Bayaran pun masih okay, orang tahu kaki saya saja tak ada tetapi saya masih boleh berlakon," ujarnya.Sathia bagaimanapun mengakui dia kini lebih selektif dan hanya menerima watak yang bersesuaian dengan keadaan fizikalnya."Cuma saya tak bolehlah bawa watak macam-macam. Saya hanya boleh duduk saja. Shooting pun tak lama. "Saya hanya shooting dalam tiga ke empat jam sehari. Tak boleh lama. Saya tak mahu berlakon tetapi isteri saya pujuk sebab ramai yang beri tawaran. SATHIAPELAWAK & PELAKON"Saya tak mahu banyak wang, dapat sikit pun jadilah," jelasnya. Mengulas lanjut mengenai kehilangan kakinya, pelakon drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menegaskan bahawa ia bukan berpunca daripada penyakit kencing manis seperti yang disangka ramai, sebaliknya akibat darah beku.Tambahnya, dia bakal menerima kaki palsu yang dihadiahkan oleh penyanyi veteran, Datuk DJ Dave. "Saya pergi buat pemeriksaan ingatkan kencing manis tapi rupanya bukan. Sathia menjalani pembedahan potong kaki pada tahun lalu."Biasanya kencing manis potong kaki tetapi saya tak ada diabetes. Doktor kata puncanya darah beku. "Saya tengah tunggu kaki palsu DJ Dave bagi. Mungkin lagi lima bulan kaki palsu saya siap," katanya. Pada September tahun lalu, Sathia reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya selepas kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat jangkitan kuman. Kata Sathia, dia tidak berasa sedih dengan apa yang terjadi, sebaliknya kekal positif dan gembira.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube