suria
mStar - Urban.Versatil

Amyza Adnan sekali lagi berdepan ujian di bulan Ramadan, anak kedua pula disahkan kanser tulang

Anak kedua Amyza disahkan kanser tulang.

DUA tahun berturut-turut menyambut Ramadan dengan ujian berat. Itulah yang dirasai pelakon Amyza Aznan selepas anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.

Amyza, 50, berkata dia hanya mengetahui mengenai penyakit Adrian pada bulan ini sekali gus mengulangi detik pahit yang dilalui tahun lalu.

"Hari ini, Ramadan pertama di bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak saya. Sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan kanser paru-paru. 

Amyza mengetahui keadaan anaknya itu pada Februari. 

"Pada tahun ini, bulan Ramadan dan Februari juga kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan kanser tulang," katanya. 

Amyza memaklumkan perkara tersebut melalui hantaran di Threads miliknya pada Khamis. 

Sebagai ibu, Amyza mengakui perasaannya bercampur-baur namun tetap kuat demi anak-anak tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Paru-paru kanan collapse" - Amyza Aznan mohon doa buat anak, saiz tumor membesar

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Amyza Aznan curi perhatian, tampil imej berhijab

"Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tetapi tidak terluah dan takut untuk meluah.

"Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya," ujarnya. 

Pada Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Amyza sebelum ini mendedahkan anak pertamanya kanser paru-paru tahap tiga. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor. 

Andre kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain