suria
mStar - Urban.Versatil

“Paru-paru kanan collapse" - Amyza Aznan mohon doa buat anak, saiz tumor membesar

Amyza (kiri) mohon orang ramai mendoakan kesihatan Andre.

PELAKON Amyza Aznan berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang berdepan ujian berat selepas disahkan menghidap kanser paru-paru.

Amyza, 49, memaklumkan prosedur menyedut cecair di paru-paru yang dijadualkan pada Rabu tidak dapat diteruskan selepas pemeriksaan dilakukan. 

"Tak tau nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tumor membesar dan menyebabkan paru-paru kanan collapse. 

Perkongsian Amyza yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Nak tahu berapa saiz tumor kena tunggu giliran MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak," katanya. 

Amyza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Rabu. 

Dalam pada itu, Amyza mendedahkan prosedur yang dijalankan sebelumnya hanyalah untuk membuang cecair di paru-paru kanan dan bukan melibatkan tumor tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati seorang ibu, anak Amyza Aznan hidap kanser paru-paru tahap 3

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan ‘berperang’ lawan kanser, anak Amyza Aznan sudah melepasi fasa kritikal

"Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan. 

"Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja," ujarnya. 

Pelakon drama Bawah Payung ini bagaimanapun memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan anaknya yang kini sedang menjalani prosedur rawatan.

"Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani prosedur untuk rawatan tumor pada waktu ini. 

"Hanya Allah yang membalas doa-doa kalian," luahnya.  

Amyza memaklumkan keadaan terkini Andre (kanan).

Pada 15 Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor. 

Andre kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain