USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Christy Ng meluahkan rasa teruja untuk menyambut Ramadan tahun ini apabila bakal berpuasa bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Boys.Menurut Christy, meskipun ini bukan pengalaman pertamanya berpuasa namun dia pernah melakukan kesilapan ketika bersahur sehingga menyebabkan dirinya berdepan kehausan teruk. “Saya memang pernah cuba puasa, tapi sangat susah kerana hanya makan mi segera untuk sahur. Saya tiada pengalaman jadi agak 'bongok' sedikit.Gelagat Christy dan The Bengap Boys menghiburkan hati ramai.“Kawan saya nampak dan terus tegur. Dia kata makan mi segera memang cepat haus. Memang waktu itu saya rasa sangat haus,” katanya kepada mStar.Menurut Christy, dia tidak sabar untuk berpuasa bersama pasukannya kerana mahu merasai kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai.Malah katanya, mereka juga merancang untuk ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka.ARTIKEL BERKAITAN: Christy Ng tebalkan muka demi ‘content’, sedia berlakon filem jika ada tawaranARTIKEL BERKAITAN: CU dan Christy Ng perkenal koleksi beg tote, gabungan yang benar-benar ‘daebak’“Tahun ini saya ‘upgrade’ sikit, nak cuba lagi puasa bersama pasukan saya.“Seronok bila pergi bazar Ramadan dengan mereka dan berbuka bersama. Rasa syok sangat,” ujarnya.Dalam pada itu, Christy memberitahu dia akan menyediakan makanan buat pekerjanya sepanjang Ramadan memandangkan jadual kerja mereka yang tidak menentu.Christy sentiasa utamakan keperluan pekerja.Menurutnya, pasukan ‘live host’ akan mula bekerja seawal pukul 4 pagi, justeru makanan untuk bersahur dan berbuka akan disediakan di pejabat.“Sempena Ramadan ini kami akan ‘top up’ makanan di pejabat untuk buka puasa dan sahur.“Kami sediakan makanan seperti jajan, telur, nasi lemak, nasi ayam, lamb chop dan aiskrim durian untuk mereka,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!