PELAKON Sophia Albarakbah memberitahu dia bakal berniaga air kelapa pandan asli di Bazar Ramadan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata Ramadan kali ini membawa kelainan buat dirinya apabila dia dan adik-beradik lain sepakat untuk membuka gerai bermula hari ketiga Ramadan. Kata Sophia, idea tersebut tercetus daripada minatnya sendiri terhadap air kelapa yang dianggap lebih sihat berbanding minuman bergula.Sophia menyifatkan air kelapa sebagai minuman berkhasiat."Istimewanya Ramadan kali ini, saya dan adik akan menjual air kelapa di Bazar Ramadan Merdeka yang terletak di Stadium Merdeka. Mungkin kami akan mula berniaga pada hari ketiga Ramadan. "Saya memang suka air kelapa dan tidak minat minuman bergula. Kalau di bazar biasanya kita lihat ramai menjual air kelapa dalam balang yang sudah dicampur gula dan ais. "Jadi, nak cari yang fresh (segar) agak susah, tapi kami jual terus dari buah. Lebih sihat kalau minum terus dari buah kelapa. "Selain itu, saya juga agak skeptikal sikit, tak tahu ais itu bersih atau tidak," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pakai baju" - Sophia Albarakbah ulas babak dalam ‘bathtub’ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah masih trauma, tak berani buka DM di InstagramDalam pada itu, Sophia menegaskan dia sentiasa terbuka menerima maklum balas pelanggan demi memastikan kualiti dan perkhidmatan terbaik diberikan.Sepanjang Ramadan ini Sophia bakal sibuk dengan penggambaran dan perniagaan air kelapa."Sudah tentu saya bersedia menerima maklum balas daripada pelanggan. Kami mahu berikan perkhidmatan terbaik kepada semua orang. "Saya jual benda yang betul-betul saya suka dan saya rasa ia berkhasiat untuk diminum. "Kalau tidak terikat dengan penggambaran saya akan turun menjual bersama adik saya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube