suria

[V] Sophia Albarakbah masih trauma, tak berani buka DM di Instagram

PELAKON Sophia Albarakbah memberitahu dia masih lagi tidak membuka atau membaca sebarang mesej yang diterima di Instagram miliknya. 

Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, mengakui pengalaman menjadi manga buli siber dan gangguan seksual memberi kesan besar sehingga dia takut mengetahui isi kandungan setiap DM (direct messege) yang diterima. 

Kata Sophia, dia hanya menyerahkan kepada wakil peguam untuk membaca kesemua mesej diterima bagi mengambil tindakan lanjut. 

Sophia mengelak daripada membaca kiriman mesej di media sosial.

"Sejujurnya selepas semua ini berlaku saya jadi terlampau trauma untuk buka DM di Instagram. 

"Jadi sampai sekarang sama ada DM baik atau jahat memang saya tak berani buka. 

"Apabila menerima mesej-mesej tidak baik itu, saya berikan kepada peguam untuk periksa,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gila publisiti, Sophia Albarakbah dedah punca buat laporan polis... Tunjuk bukti terima mesej lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah lega buat laporan polis, bakal ke SKMM minggu depan

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Abu Si Raksasa yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Sophia memberitahu sekiranya ada di antara si pelaku yang pernah melemparkan fitnah atau komen jelik terhadapnya memohon maaf, dia berharap agar individu terbabit tidak lagi mengulangi kesilapan sama. 

"Terlalu banyak DM sampai saya takut nak baca, saya tak tahu mungkin ada yang sudah minta maaf tetapi memang tak baca. 

"Bagi yang sudah menyesal baguslah, kita semua manusia pernah buat kesalahan. Saya pun pernah buat salah. 

Sejujurnya selepas semua ini berlaku saya jadi terlampau trauma untuk buka DM di Instagram. 

SOPHIA ALBARAKBAH

PELAKON

"Pada yang sudah minta maaf, terima kasih. Saya harap mereka teruskan untuk berbuat baik," ujarnya.

Sophia menegaskan bahawa tindakan undang-undang yang diambil bukan semata-mata untuk kepentingan diri tetapi sebagai pengajaran kepada semua agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial. 

"Bagi saya apa yang dilakukan (tindakan undang-undang) dapat buat netizen sedar bahawa perkara ini (komen jelik) tak boleh buat main-main. 

"Mungkin selama ini mereka (netizen) rasa negara ini macam tiada peraturan jadi boleh komen suka hati, fitnah atau memburukkan orang. 

Sophia berharap tindakan diambil dapat memberi pengajaran kepada semua.

"Diharap tindakan yang saya buat ini dapat memberi manfaat kepada orang lain,”  jelasnya. 

Pada 9 Ogos lalu Sophia tampil membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menerima mesej yang keterlaluan di laman Instagram miliknya. 

Bukan sekadar kecaman, malah ada yang berani mengirim pesanan tidak senonoh dan ia merupakan satu tindakan gangguan seksual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain