suria

Dolla tampil buat persembahan bersama bintang Thailand, Sherry Alhadad dan Alif Satar hos malam kemuncak AIM24

Dolla menjanjikan persembahan istimewa buat peminat.

PELAKON Sherry Alhadad dan Alif Satar sekali lagi bakal bergabung menjadi pengacara malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 13 September ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AlM24, Rosmin Hashim yang memberitahu pemilihan hos, barisan persembahan dan penyampai trofi itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka dalam industri muzik tanah air. 

Kata Rosmin , barisan artis yang dipilih juga mempunyai kaitan dengan kandungan AIM24 itu sendiri yang bertemakan 'Kemuncak Segala-Galanya'.

Kemunculan Siti Nurhaliza bakal memeriahkan AIM24. 

AIM24 akan diserikan dengan persembahan barisan artis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Dolla, Tobii, Ade Govinda, Black Hanifah dan ramai lagi. 

Dolla bakal tampil membuat persembahan istimewa bersama bintang hip-hop Thailand, yang juga menggambarkan pengaruh kumpulan wanita itu semakin bersinar di peringkat global.  

Begitu juga dengan penyanyi Ernie yang telah mencipta fenomena baharu di Indonesia apabila bergabung bakat bersama komposer Ade Govinda menerusi lagu Masing Masing.  

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama masuk AIM, Aina Abdul raih pencalonan terbanyak 

ARTIKEL BERKAITAN: AIM24 kembali September depan, perkenal 3 kategori baharu termasuk 'Kolaborasi Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik'

Mereka adalah finalis bagi kategori 'Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis / Komposer Luar Negara Terbaik' AIM24.

Apa yang menarik, pemenang 11 kategori AIM24 akan menerima ganjaran lumayan berjumlah RM700,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV). 

Pemenang kategori 'Album Terbaik' akan menerima dana sebanyak RM200,000. 

Malam kemuncak AIM24 bakal diserikan dengan pelbagai persembahan artis.

Malam kemuncak AIM24 bakal diserikan dengan pelbagai persembahan artis.

AIM24 menerima sejumlah 682 pencalonan berdasarkan karya-karya muzik yang diterbitkan mengikut tempoh kelayakan iaitu antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.

la telah diadili pengamal industri muzik tempatan yang berkelayakan serta berpengalaman luas dalam industri muzik tanah air merangkumi komposer, penulis lirik, pemuzik, penyanyi, penerbit, penggubah lagu, guru vokal, pengarah video, jurutera rakaman, jurufoto, pereka grafik dan perunding imej. 

Penjurian itu diketuai oleh Pengarah Muzik, Datuk Mokhzani Ismail. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain